
KYIV, 9 Oktober β Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh apabila dua bas awam musnah dalam serangan di Kramatorsk, timur Ukraine, pada Khamis, sekali gus mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap tindakan Rusia.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, mendakwa serangan itu menyasarkan orang awam dan memberi amaran jumlah korban mungkin meningkat.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker TΓΌrk, turut mengecam serangan berkenaan, yang berlaku sehari selepas 22 orang, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh dalam serangan peluru berpandu di Pryluky, utara Ukraine.
PBB mengesahkan lebih 17,000 orang awam terbunuh sejak konflik bermula, namun angka sebenar dipercayai lebih tinggi. β AFP
