PMX SANTUNI MASYARAKAT NILAI , PERKUKUH SILARATULRAHIM BERSAMA RAKYAT 17 Julai 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meneruskan pendekatan turun padang dengan menyantuni masyarakat setempat di Nilai selepas menghadiri sesi Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai.

Usai program tersebut, beliau singgah menikmati makan tengah hari di Restoran Suhada sambil meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat. Seterusnya, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Dato’ Penghulu Menteri Sungai Ujong (Masjid Kuarters KLIA), Nilai, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Dalam perkongsian di Facebook rasminya, Perdana Menteri berharap agar setiap langkah yang menemukan rakyat dalam suasana doa, silaturahim dan kebersamaan akan terus mengukuhkan tekad untuk memakmurkan negara serta membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Sumber: FB Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
Sorotan Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *