
ISKANDAR PUTERI, 18 Julai – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mengeluarkan notis henti niaga terhadap sebuah premis ‘Network School’ di Iskandar Puteri selepas didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.
Premis berkenaan turut dikenakan Notis Lesen Iklan kerana mempamerkan papan iklan yang tidak mematuhi syarat kelulusan yang ditetapkan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, syarikat itu didapati melanggar syarat lesen dengan menjalankan aktiviti ruang kelas serta promosi perniagaan tanpa mengemukakan permohonan dan kelulusan yang sewajarnya.
Menurut beliau, hasil semakan mendapati premis berkenaan dimiliki oleh pemilik tempatan.
Bagaimanapun, sebuah lagi premis ‘Network School’ di Iskandar Puteri didapati memiliki lesen pejabat urusan yang sah.
Dalam perkembangan sama, Datuk Onn Hafiz menggesa Kerajaan Persekutuan supaya membuat keputusan segera dan muktamad berhubung status operasi ‘Network School’ di negara ini.
Sumber : RTM
Sorotan: Berita Jendala Madani
