PMX Bertemu Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Tan Sri Yohei Sasakawa

9 Jun 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim memulakan hari pertama kunjungan ke Jepun dengan bertemu sahabat lama yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Tan Sri Yohei Sasakawa.

Dalam pertemuan itu mereka sempat menghimbau sejarah panjang kerjasama yang terjalin sejak sekian lama, termasuk menerusi Forum 2000 yang diasaskan oleh bekas Presiden Czech, VΓ‘clav Havel, yang menghimpunkan pemimpin, cendekiawan dan pemikir dunia untuk membincangkan isu demokrasi, hak asasi manusia, keamanan dan masa depan peradaban sejagat.

” Kami turut mengenang usaha memperkasa generasi muda Asia Tenggara menerusi pelbagai program pembangunan kepimpinan yang berpaksikan gagasan Asian Renaissance, bagi melahirkan pemimpin yang berakar pada nilai, budaya dan kemanusiaan.

” Saya zahirkan penghargaan atas sumbangan besar Tan Sri Sasakawa kepada usaha kemanusiaan di seluruh dunia sejak sekian lama. Kami juga bertukar pandangan mengenai krisis antarabangsa yang kian meruncing, termasuk situasi di Myanmar, konflik Israel-Iran serta tragedi kemanusiaan yang berterusan di Palestin,” kata PMX yang dikongsi dalam laman media sosialnya hari ini.

PMX berkata, usaha keamanan harus terus disokong pimpinan dunia serta masyarakat antarabangsa.

Menurut PM Anwar lagi, keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai melalui dialog, persefahaman dan komitmen bersama untuk menegakkan keadilan.

=====

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *