Hari pertama PMX di Jepun bertemu Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 JUN 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari pertama kunjungan ke Jepun dengan bertemu sahabat lama yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Tan Sri Yohei Sasakawa.

Beliau berkata antara mereka berdua sempat menghimbau sejarah panjang kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.

“Ia termasuk menerusi Forum 2000 yang diasaskan oleh bekas Presiden Czech, VΓ‘clav Havel, yang menghimpunkan pemimpin, cendekiawan dan pemikir dunia untuk membincangkan isu demokrasi, hak asasi manusia, keamanan dan masa depan peradaban sejagat,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.

MEMPERKASA GENERASI MUDA

Anwar berkata mereka berdua turut mengenang usaha memperkasa generasi muda Asia Tenggara menerusi pelbagai program pembangunan kepimpinan yang berpaksikan gagasan Asian Renaissance, bagi melahirkan pemimpin yang berakar pada nilai, budaya dan kemanusiaan.

“Saya zahirkan penghargaan atas sumbangan besar Sasakawa kepada usaha kemanusiaan di seluruh dunia sejak sekian lamaz

Kami juga bertukar pandangan mengenai krisis antarabangsa yang kian meruncing, termasuk situasi di Myanmar, konflik Israel-Iran serta tragedi kemanusiaan yang berterusan di Palestin,” kata Anwar.

Beliau menjelaskan usaha keamanan harus terus disokong pimpinan dunia serta masyarakat antarabangsa.

Tambah beliau keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai melalui dialog, persefahaman dan komitmen bersama untuk menegakkan keadilan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *