



Wartawan JM
12 FEB. 2026
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur terus membuktikan komitmen tinggi apabila berjaya melaksanakan 84 program pencegahan jenayah sepanjang 2025.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penubuhan pejabat ini adalah hasil kerjasama strategik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ia menandakan pewujudan Pusat Strategik Pencegahan Jenayah Komuniti di ibu negara,” Dr Wan Azizah dalam hantaran di FB.
HADIR MAJLIS PERASMIAN
Terdahulu Dr Wan Azizah hadir ke Majlis Perasmian Pejabat MCPF Kuala Lumpur.
Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi MCPF Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Hadir sama Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi MCPF Kuala Lumpur Datuk Azman Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus. – JM
