PMX hubungi Presiden Filipina menerusi panggilan telefon

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr. hari ini (6 Ogos) menerusi panggilan telefon.

Beliau menekankan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Filipina, khususnya demi masa depan ASEAN yang lebih aman dan bersatu.

Dalam perbincangan itu beliau turut menyentuh aspek keamanan dan keharmonian di perairan antarabangsa serta sempadan, yang menjadi keutamaan bersama demi kestabilan serantau.

“Saya turut berkongsi perkembangan positif rundingan sempadan antara Thailand dan Kemboja, yang dijangka dimuktamadkan pada Khamis ini melalui kesepakatan Menteri Pertahanan kedua-dua negara yakni satu lagi langkah ke hadapan dalam menjayakan aspirasi ASEAN sebagai rantau yang damai, stabil dan makmur,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *