






Petikan FB Anwar Ibrahim
15 MAC 2025
Rutin Jumaat saya bersama masyarakat setempat diteruskan dengan menyantuni jemaah Masjid Pangkalan Udara Subang, lantas merapatkan lagi silaturahim antara satu sama lain.
Usai solat Jumaat, saya berpeluang menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada jemaah serta wakil-wakil dari pasukan Tentera Darat, Tentera Udara Di Raja Malaysia dan Tentera Laut Di Raja Malaysia.
Saya juga berkesempatan bertemu wakil BAKAT yang merupakan tulang belakang institusi keluarga kepada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Peranan mereka amat penting dalam memberi dokongan kepada pegawai dan anggota mereka yang sentiasa sedia berkorban demi tanah air. – JM
