






Oleh: Sholina Osman
15 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta diwujudkan satu sinergi baharu supaya ekosistem R&D Pertahanan terus maju ke hadapan.
Jelas beliau ia seiring dengan perubahan dan kecanggihan teknologi dunia masa kini.
Terdahulu Anwar telah melakukan lawatan ke Pangkalan TUDM Subang untuk sesi libat urus bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.
Sekaligus beliau juga mendapatkan perkembangan terkini terkait kesiapsiagaan pertahanan negara.
YANG PERLU DIAMBILKIRA
Tambah Perdana Menteri, selain itu keutamaan yang perlu diambilkira adalah kepimpinan dan pengurusan.
“Pastinya terkait status aset pertahanan, latihan, kebajikan, kerjasama dan kebersamaan seluruh pihak selain mengenalpasti masalah atau isu yang berbangkit dalam mencari penyelesaian tuntas,” katanya menerusi hantaran di FB.
Selesai mesyuarat, Perdana Menteri Usai bertemu dengan juruterbang-juruterbang.
DI DALAM PELBAGAI ACARA
“Mereka ini terlibat di dalam pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti sambutan Hari Kemerdekaan serta siri pameran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA),” katanya.
Beliau melahirkan rasa kagum di atas kemampuan dan keupayaan mengendali pesawat dengan begitu cekap dan meyakinkan ini.
“Ini membuktikan anak watan mampu mengendali pesawat yang canggih dan moden dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara pada tahap terbaik,” kata beliau. – JM