SUARA MERENTASI DUNIA
Sun. Nov 15th, 2026

LAPORAN KHAS: BANDAR PINTAR(SIRI 1)

INISIATIF MCMC MENERAJUI EKOSISTEM DIGITAL YANG INSKLUSIF, SELAMAT UNTUK SEMUA

MUKADIMAH

Pembangunan bandar pintar di Malaysia semakin pesat, dengan infrastruktur komunikasi dan kesalinghubungan digital menjadi tunjang kepada perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan berkualiti.
Melalui inisiatif seperti JENDELA dan 5G, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memainkan peranan penting dalam memperkukuh infrastruktur digital yang menyokong teknologi pintar, termasuk pengurusan trafik, keselamatan awam dan pengurusan bencana.
Namun, bandar pintar bukan sekadar kecanggihan teknologi. Akses digital yang saksama, keterangkuman dan keselamatan pengguna perlu diberi keutamaan supaya manfaatnya dapat dinikmati seluruh masyarakat.

Laporan khas Jendela MADANI kali ini mengupas peranan dan inisiatif MCMC dalam menerajui pembangunan ekosistem digital yang inklusif, selamat dan memberi manfaat kepada semua.

KUPASAN 1 β€” MCMC PERKUKUH EKOSISTEM DIGITAL INKLUSIF UNTUK SEMUA


Kemajuan teknologi digital bukan sekadar mengenai Internet yang lebih pantas atau infrastruktur yang lebih moden, tetapi bagaimana manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira lokasi dan latar belakang.

Berteraskan aspirasi Architecting Malaysia’s Inclusive Digital Ecosystem, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital serta memastikan tiada golongan tercicir daripada arus transformasi teknologi.

Matlamatnya adalah untuk membuka akses dan peluang digital yang lebih saksama, sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menyokong pembangunan sosioekonomi negara.

MCMC pemangkin keterangkuman digital
Peranan MCMC melangkaui pembangunan infrastruktur komunikasi.

Sebagai pengawal selia dan pemudah cara, MCMC turut menyokong pembentukan ekosistem digital yang lebih inklusif, selamat dan mudah diakses oleh masyarakat.
Usaha ini penting bagi mengurangkan jurang kesalinghubungan antara bandar dengan luar bandar, selain membuka peluang kepada lebih ramai rakyat untuk memanfaatkan teknologi dalam pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan kehidupan seharian.

Tiga tunjang keterangkuman digital
Kesaksamaan akses –

Memperluas ketersediaan rangkaian komunikasi yang berkualiti supaya lebih ramai rakyat, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, dapat menikmati kemudahan digital.
Peluang yang saksama – Membolehkan masyarakat memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kemahiran, menjana pendapatan dan mengambil bahagian dalam ekonomi digital.
Penyertaan tanpa diskriminasi – Memastikan golongan rentan dan komuniti yang kurang mendapat akses tidak terpinggir daripada peluang serta manfaat pendigitalan.

Memperkukuh daya saing negara
Ekosistem digital yang inklusif bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, malah menjadi asas penting kepada pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia.
Melalui pembangunan infrastruktur, kerjasama strategik dan inisiatif keterangkuman digital, MCMC terus menyokong usaha negara untuk memperluas kesalinghubungan serta meningkatkan penyertaan rakyat dalam ekonomi digital.

Teknologi untuk semua, tiada siapa tercicir
Kejayaan transformasi digital bukan hanya diukur melalui kecanggihan teknologi, tetapi sejauh mana ia mampu membawa perubahan positif kepada kehidupan rakyat.
MCMC komited untuk terus memperkukuh ekosistem digital yang inklusif dan selamat agar manfaat kemajuan teknologi dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.
Kerana kemajuan digital yang sebenar bukan sekadar menghubungkan rangkaian, tetapi menghubungkan rakyat kepada peluang dan masa depan yang lebih baik.

Pembangunan bandar pintar semakin pesat dengan infrastruktur komunikasi digital menjadi tunjang kepada perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan berkualiti.

RUMUSAN β€” BANDAR PINTAR: KESEJAHTERAAN RAKYAT UKURAN KEJAYAAN

Kejayaan sesebuah bandar pintar bukan sekadar diukur melalui kecanggihan teknologi, tetapi sejauh mana kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Berdasarkan IMD Smart City Index 2026 yang menilai 148 bandar di seluruh dunia, Zurich, Oslo dan Geneva disenaraikan sebagai tiga bandar teratas. Pencapaian ini mencerminkan kepentingan keseimbangan antara teknologi, tadbir urus, kelestarian dan kesejahteraan penduduk.

Di rantau Asia, Singapura terus menjadi antara rujukan pembangunan bandar pintar melalui penggunaan teknologi digital, data dan sistem pintar untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan, mobiliti serta pengurusan bandar.

Teknologi mesti menyelesaikan masalah rakyat
Bandar pintar yang berjaya perlu memberi manfaat nyata kepada kehidupan seharian, termasuk memudahkan urusan penduduk, mempercepat perkhidmatan kerajaan, meningkatkan keselamatan awam, melancarkan trafik, merancakkan ekonomi dan memelihara alam sekitar.

Jumlah kamera CCTV, aplikasi digital atau penderia yang dipasang bukan ukuran mutlak kejayaan. Sebaliknya, keberkesanan teknologi dalam menyelesaikan masalah rakyat perlu menjadi keutamaan.
Bagi Malaysia, pembangunan bandar pintar perlu terus berpaksikan keterangkuman digital, kesalinghubungan berkualiti dan akses yang saksama supaya tiada komuniti tercicir daripada menikmati manfaat kemajuan teknologi.

Kesimpulannya, bandar yang benar-benar pintar bukan sekadar bandar yang canggih, tetapi bandar yang lebih selamat, cekap, mampan dan selesa untuk didiami oleh semua.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *