BANTUAN BANJIR RM2,500: , KERAJAAN MADANI JUGA TUMPU PENYELESAIAN JANGKA PANJANG

10 November 2026

JERAM, SELANGOR: Kerajaan mengumumkan Bantuan Tunai Tambahan Khas sebanyak RM2,500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir yang layak di Selangor, dengan pembayaran dijangka bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban keluarga yang terjejas akibat banjir, khususnya mereka yang berhadapan kerosakan harta benda dan kehilangan kelengkapan asas kediaman.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Jeram, Selangor hari ini bagi meninjau keadaan mangsa banjir serta mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa dan penduduk yang terkesan.

BANTUAN DISALUR SEGERA

Menurut Anwar, kerajaan bukan sahaja perlu memastikan bantuan segera disalurkan kepada mangsa, malah perlu mengambil langkah lebih menyeluruh bagi menangani punca kejadian banjir yang berulang.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi mengelakkan rakyat terus berhadapan musibah sama setiap tahun.

Katanya, isu banjir merupakan antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan, bukan sekadar melalui penyaluran bantuan selepas bencana berlaku, tetapi juga menerusi penyelesaian jangka panjang yang berkesan.

Anwar menegaskan rakyat tidak seharusnya terus dibebani kesusahan akibat kejadian banjir berulang tanpa tindakan penyelesaian yang tuntas.

Kerajaan komited memastikan kebajikan mangsa terus terbela, di samping mempercepat usaha mengurangkan risiko banjir demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *