
9 November 2026
Perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini membolehkan wajah, suara dan video seseorang dihasilkan atau dimanipulasi sehingga kelihatan seolah-olah benar.
Teknologi DEEPFAKE boleh disalahgunakan oleh penjenayah untuk menyamar sebagai ahli keluarga, individu dikenali, pegawai kerajaan, pihak bank atau individu tertentu bagi memperdaya mangsa.
Antara taktik yang perlu diberi perhatian ialah panggilan video palsu, peniruan suara, penyamaran identiti serta penggunaan video atau testimoni palsu bagi mempromosikan skim pelaburan.
SEBELUM BERTINDAK:
- Sahkan identiti individu melalui saluran rasmi.
- Jangan mudah percaya kepada video, suara atau mesej yang mencurigakan.
- Jangan sesekali berkongsi OTP, TAC, kata laluan atau maklumat perbankan.
- Berhati-hati sekiranya anda didesak untuk membuat bayaran atau tindakan segera.
🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
