𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚, 𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡?

10 November 2026

“Eh, dia ada dokumen pengenalan diri negara lain. Maknanya dia ada dua kewarganegaraan?”

𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗱𝘂𝗹𝘂! 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻.

Tahukah anda, bukan semua dokumen yang dikeluarkan oleh negara lain membuatkan seseorang itu memiliki kewarganegaraan negara berkenaan.

Malaysia tidak mengiktiraf dwi kewarganegaraan. Di bawah 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝟮𝟰 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻, seseorang warganegara Malaysia yang memperoleh kewarganegaraan asing boleh tertakluk kepada tindakan pelucutan kewarganegaraan mengikut syarat yang ditetapkan.

𝗝𝗼𝗺 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗶𝗻𝗶:

  • 𝗣𝗮𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 – Berkaitan dengan status kewarganegaraan seseorang.
  • 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗶𝘁 𝗣𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗮𝘂𝘁𝗶𝗻 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 (𝗣𝗥) – Memberikan status pemastautin tetap, bukan kewarganegaraan. Contohnya MyPR di Malaysia.
  • 𝗩𝗶𝘀𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝘁 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 – Memberikan kebenaran masuk atau menetap tertakluk kepada syarat tertentu.

Jadi, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶𝗻𝘆𝗮. Kenal pasti jenis dan tujuan dokumen tersebut terlebih dahulu.

Sekiranya mempunyai maklumat mengenai individu yang disyaki memiliki dwi kewarganegaraan, salurkan kepada JPN untuk semakan dan tindakan lanjut.

𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻, 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀, 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮!

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *