


7 November 2026
Doha Malaysia berhasrat membawa cadangan supaya pengukuran liputan Internet tidak lagi hanya tertumpu kepada kawasan berpenduduk (COPA), sebaliknya turut mengambil kira kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi ke peringkat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata cadangan itu sedang diteliti susulan aduan orang ramai dan Ahli Parlimen mengenai masalah kesalinghubungan Internet di lokasi yang tidak mempunyai penempatan penduduk tetapi menjadi laluan perhubungan utama atau pusat kegiatan ekonomi.
Beliau berkata pendekatan sedia ada yang berasaskan liputan kawasan berpenduduk wajar dipertimbangkan semula dengan mengambil kira konsep Coverage of Economic Areas bagi memastikan keperluan kesalinghubungan di kawasan ekonomi turut diberikan perhatian.
βKita nak cadangkan di peringkat ITU, apakah wajar boleh kita pertimbangkan semula standard daripada COPA kepada Coverage of Economic Areas. Kita nak lihat bukan berdasarkan tempat itu ada orang duduk situ ataupun tak, tapi ada tak ekonomi dijalankan di tempat itu,β katanya dalam temu bual menjelang Persidangan Plenipotentiary ITU 2026 (PP-26) hari ini.
