🚨 AWAS! SCAM E-DAGANG 🚨

6 November 2026

Penipuan e-dagang berlaku apabila pembeli diperdaya oleh penjual palsu melalui platform jual beli dalam talian seperti Facebook, TikTok dan Marketplace.

Modus Operandi:

  1. Suspek mengiklankan barangan dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran.
  2. Mangsa berminat dan menghubungi suspek untuk membeli barangan.
  3. Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akaun bank yang diberikan.
  4. Selepas bayaran dibuat, barangan tidak dihantar dan suspek gagal dihubungi.

Langkah Pencegahan:
✅ Berhati-hati dengan tawaran harga terlalu murah.
✅ Semak latar belakang penjual.
✅ Semak nombor akaun bank melalui Semak Mule.
✅ Elakkan membuat bayaran sebelum berpuas hati dengan kesahihan penjual.
✅ Gunakan platform pembayaran yang selamat.

Jangan terburu-buru membuat pembayaran. Pastikan penjual sah sebelum melakukan sebarang transaksi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *