TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP MAJIKAN YANG MELINDUNGI PATI

27 Oktober 2026

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan seramai 3,161 majikan yang disyaki menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi tempoh 2025 hingga 30 September 2026.

Menurut peruntukan Seksyen 55B dan Seksyen 56(1D) Akta Imigresen, majikan yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM50,000, atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Tindakan ini menegaskan bahawa majikan juga tertakluk kepada undang-undang dan boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati melakukan kesalahan berkaitan penggajian atau perlindungan PATI.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *