Malaysia Catat 32.2 Juta Ketibaan Pelawat Antarabangsa

Malaysia merekodkan 32.2 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September 2026, meningkat 2.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kerajaan memperuntukkan RM935 juta kepada MOTAC, termasuk untuk kempen Melawat Malaysia 2026–2027, bagi mengekalkan momentum pertumbuhan sektor pelancongan.

Sementara itu, sektor pelancongan perniagaan (MICE) mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 113.7 peratus kepada RM1.24 bilion pada suku kedua tahun ini. Sebanyak RM10 juta turut diperuntukkan kepada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) bagi menarik lebih banyak acara antarabangsa dan kejohanan sukan berimpak tinggi ke negara ini.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *