Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan perlu disegerakan

KUALA LUMPUR, 10 September 2026 – Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan perlu disegerakan bagi memperkukuh pengurusan tenaga kerja serta kebajikan warga kesihatan negara.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, mekanisme khusus diperlukan bagi menangani cabaran petugas kesihatan, termasuk aspek pengambilan, penempatan, skim perkhidmatan, pembangunan kerjaya, imbuhan dan kebajikan.

Beliau berkata, isu elaun petugas Perkhidmatan Doktor Udara yang dikemukakan sejak November 2025 menunjukkan keperluan kepada struktur yang lebih responsif dalam menangani keperluan tenaga kerja kesihatan.

Menurutnya, cadangan penubuhan suruhanjaya itu wajar diberi pertimbangan serius sebagai sebahagian daripada reformasi sistem kesihatan yang digariskan menerusi Kertas Putih Kesihatan.

β€œWarga kesihatan merupakan tunjang kepada sistem kesihatan negara. Kita perlu memastikan kebajikan dan kepentingan mereka diberikan perhatian sewajarnya,” katanya.

Dr. Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, beliau akan terus menyokong langkah reformasi yang dapat memperkukuh sistem kesihatan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *