
MOSCOW, 5 September — Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan penggantungan serangan ke atas Kiev selama tiga hari bermula tengah malam waktu tempatan, menjelang lawatan Utusan Khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff dan Jared Kushner ke Ukraine.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata keputusan itu dibuat susulan rundingan AS di Kiev. Putin dijadualkan bertemu Witkoff dan Kushner di Moscow bagi membincangkan usaha menamatkan perang Rusia-Ukraine.
Witkoff dan Kushner tiba di Moscow pada Sabtu dan dijangka meneruskan perjalanan ke Kiev pada Ahad. Lawatan itu merupakan kunjungan pertama mereka ke Ukraine selepas beberapa siri pertemuan dengan Putin di Moscow.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, sebelum ini berkata Kiev tidak akan melancarkan serangan sepanjang lawatan kedua-dua utusan AS ke Rusia, selain menggesa Moscow mengambil langkah sama.
Usaha rundingan damai Rusia-Ukraine yang ditaja AS sebelum ini melibatkan tiga pusingan perbincangan, namun terhenti sejak Februari susulan perubahan tumpuan Washington kepada konflik Iran.
— BERNAMA-ANADOLU
