Puspakom sasar operasi 24 jam mulai Januari 2027

KLANG, 5 September – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menyasarkan pelaksanaan operasi 24 jam mulai Januari 2027 bagi memberi lebih fleksibiliti kepada orang ramai menjalani pemeriksaan kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata pelaksanaan itu bergantung kepada sambutan terhadap operasi tujuh hari seminggu yang akan bermula November ini, selain kecukupan tenaga kerja dan kapasiti operasi.

Beliau berkata Puspakom turut mengkaji waktu kerja lebih munasabah bagi kakitangan, termasuk tempoh bekerja lapan hingga 10 jam sehari serta dua hari rehat seminggu.

Selain peluasan waktu operasi, Puspakom akan memperkenalkan beberapa pembaharuan termasuk Puspakom Towering Malaysian Awards dan memperkasa perkhidmatan pemeriksaan terus di lokasi pelanggan.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kecekapan operasi, memudahkan urusan pemilik kenderaan serta mengukuhkan hubungan Puspakom dengan komuniti.

Pembaharuan berkenaan turut disokong melalui penganjuran GiCheck Auto Weekend 2026 yang menampilkan demonstrasi teknikal, ujian tali pinggang keledar dan pameran teknologi Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dengan tema Driving Safer Roads Together.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *