
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Bakat baharu dalam industri muzik perlu memahami hak dan aspek perundangan sebelum menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman bagi mengelakkan masalah pada masa hadapan.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata pengetahuan mengenai kontrak penting supaya penyanyi mengetahui hak masing-masing serta lebih bersedia menghadapi cabaran industri.
Beliau berkata pembangunan bakat muzik juga perlu disertai elemen pendidikan, bukan sekadar tertumpu kepada pencarian bakat baharu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bintang Suara Melilea 2026 di sini, hari ini.
