PMX raikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste dalam jamuan tengah hari

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 JUN 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta dalam satu jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata ini sempena lawatan khas beliau ke Malaysia lantas terus memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

“Sebagai negara jiran dan anggota keluarga besar ASEAN, Malaysia menyambut baik usaha mempererat hubungan serantau berasaskan semangat kebersamaan, saling menghormati dan tanggungjawab bersama dalam memelihara keamanan, kestabilan serta kemakmuran rantau ini,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Dalam jamuan itu, Anwar berkata mereka turut bertukar pandangan mengenai usaha memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan strategik, pembangunan modal insan, pendidikan dan latihan teknikal, selain meneroka peluang baharu yang mampu menjana pertumbuhan mampan serta membuka ruang kemajuan yang lebih luas kepada generasi muda kedua-dua negara.

Anwar berharap hubungan erat yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Timor-Leste, serta kemajuan ASEAN secara keseluruhannya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *