PMX hadir makan malam bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 JUN 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir makan malam bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu sebelum mengakhiri lawatan ke Sabah.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh masa depan Sabah, termasuk agenda pembangunan negeri, pengukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta ikhtiar mempertingkat taraf hidup rakyat,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau yakin hubungan erat serta kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus menjadi asas penting dalam memastikan Sabah terus melangkah maju, makmur dan menikmati pembangunan yang lebih seimbang serta inklusif. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *