🀝 KDN TURUN PADANG, RAKYAT DIUTAMAKAN

4 Jun 2026

πŸ’¬ β€œPerkhidmatan kerajaan mesti sampai kepada rakyat, termasuk mereka yang berada di kawasan pedalaman, komuniti rentan dan golongan yang memerlukan perhatian khusus.”
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Tidak semua rakyat mempunyai akses mudah ke pejabat kerajaan atau kemudahan perkhidmatan awam. Justeru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus memperkasa Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi memastikan perkhidmatan dokumentasi dan pengenalan diri dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi.

Melalui pendekatan turun padang dan mendekati komuniti, Program MEKAR membawa perkhidmatan pendaftaran bergerak terus ke kawasan pedalaman, luar bandar dan komuniti yang berdepan kekangan untuk hadir ke pejabat JPN.

Antara kumpulan yang menjadi fokus program ini ialah:

βœ… Warga emas;
βœ… Orang Kurang Upaya (OKU);
βœ… Kanak-kanak; dan
βœ… Komuniti rentan di kawasan pedalaman serta luar bandar.

Program ini membantu memudahkan urusan berkaitan dokumen pengenalan diri dan pendaftaran yang memerlukan perhatian khas, sekali gus memastikan rakyat yang layak tidak tercicir daripada menerima perkhidmatan yang sepatutnya.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, KDN komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih inklusif, mesra rakyat dan berfokuskan kesejahteraan masyarakat. Pendekatan proaktif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan secara adil, telus dan berkesan.

❀️ Tiada yang layak akan dipinggirkan.
KDN akan terus mendekati rakyat bagi memastikan urusan dokumentasi dan pengenalan diri dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan menyeluruh demi kesejahteraan bersama.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *