



Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni para jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun yang bakal menjadi tetamu Allah SWT.
Dalam kesempatan ini, beliau turut berkongsi kisah Malcolm X yang pulang dari Tanah Suci dengan jiwa dan pandangan hidup yang jauh lebih besar, lebih damai dan lebih insaf tentang persaudaraan umat manusia.
“Sejarah juga mengajar kita bahawa semangat kebebasan dan keberanian umat Islam sering bangkit selepas pulangnya para jemaah dari Makkah, sebagaimana dicatat oleh ketika meneliti kebangkitan rakyat Aceh melawan penjajahan Belanda,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Anwar berkata Haji bukan sekadar perjalanan ibadah, tetapi madrasah tarbiah yang membentuk jiwa, menyucikan hati dan meniupkan semangat baharu untuk kembali berkhidmat kepada agama, rakyat serta negara dengan lebih ikhlas dan penuh ihsan.
Beliau mendoakan agar seluruh jemaah dikurniakan Haji mabrur, dipermudahkan segala urusan dan kembali ke tanah air membawa semangat baru buat keluarga, masyarakat dan Malaysia tercinta. – JM
