PBB bimbang sekatan Selat Hormuz jejas ekonomi dunia

NEW YORK, 19 Mei – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa sekatan terhadap pergerakan barangan melalui Selat Hormuz boleh membawa kesan serius kepada ekonomi global, termasuk inflasi, pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta risiko krisis makanan pada masa hadapan.

Jurucakap Timbalan PBB, Farhan Haq berkata situasi berkenaan merupakan satu masalah besar kepada dunia, khususnya kerana kekurangan bekalan bahan api dan baja akan memberi kesan ketara kepada negara yang paling terdedah kepada kejutan ekonomi.

Beliau berkata Setiausaha Agung PBB, AntΓ³nio Guterres mahu kebebasan pelayaran di Selat Hormuz dipulihkan selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Undang-Undang Laut.

β€œIni adalah satu masalah besar kepada dunia. Kekurangan bahan api dan baja akan mencetuskan pelbagai krisis termasuk kadar inflasi yang tinggi, pertumbuhan yang perlahan dan akhirnya boleh membawa kepada krisis makanan, khususnya kepada negara yang paling tidak mampu menanggung kesan ekonomi.

β€œBeliau mahu memastikan kebebasan asas pelayaran seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Laut dan undang-undang berkaitan lain dapat dipulihkan,” katanya.

Mengulas mengenai laporan penubuhan satu agensi baharu oleh Iran yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Selat Teluk Parsi bagi mengawal akses di laluan itu, Haq berkata PBB tidak mahu sebarang pihak menyekat kebebasan pelayaran di kawasan tersebut.

β€œKami mahu memastikan tiada sekatan terhadap kebebasan pelayaran di laut lepas dan di Selat Hormuz. Kami tidak mahu mana-mana entiti menghalang kebebasan akses tersebut,” katanya.-
Sumber ; REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *