🕋 IMPIAN KE TANAH SUCI LEBUR? JANGAN JADI MANGSA! 🕋

8 Mei 2026

“Tawaran Haji Ekspres”, “Tanpa Giliran TH”, “Hanya RM5,999!” — Bunyinya cukup indah, tapi awas… itu mungkin jerat SCAMMER! 🛑

Ramai yang terpedaya kerana terlalu rindu nak ke Baitullah. Akhirnya, ribuan ringgit lesap, impian ke Tanah Suci pula musnah. 💔

JANGAN MUDAH TERGIUR DENGAN:
✅ Harga ‘lelong’ yang tidak munasabah.
✅ Janji terbang segera tanpa menunggu giliran rasmi.
✅ Arahan bayar ke akaun individu (Personal Account).

PESANAN PDRM PEKAN:
1️⃣ SEMAK – Hanya berurusan dengan Tabung Haji atau agensi yang mempunyai lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang sah.
2️⃣. SABAR – Jangan terburu-buru buat bayaran melalui media sosial/WhatsApp.
3️⃣. LAPOR – Jika nampak iklan meragukan, hubungi kami segera!

Sebarkan pesanan ini terutamanya kepada ibu bapa dan warga emas di kampung. Jangan biarkan simpanan hari tua mereka dicuri penjenayah.

HUBUNGI :-
☎️ IPD Pekan: 09-422 2222
📞 NSRC (Pusat Respons Scam Kebangsaan): 997

“Semak Dulu, Bayar Kemudian”

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *