
23 Feb 2026
Peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, termasuk daripada ancaman jenayah komersial yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi keluarga.
π¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI
“Usaha memperkukuh kesedaran awam merupakan antara langkah penting dalam melindungi keselamatan ekonomi rakyat selaras aspirasi Malaysia MADANI. Keselamatan negara bukan sahaja melibatkan aspek fizikal, tetapi juga perlindungan rakyat daripada ancaman jenayah siber dan penipuan kewangan yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat.”
KDN menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 100 kes penipuan cinta (love scam) melibatkan kerugian sekitar RM3.5 juta dalam tempoh sebulan. Statistik menunjukkan 60% mangsa adalah wanita, manakala 72% mangsa berusia antara 30 hingga 50 tahun.
Sindiket penipuan sering menggunakan emosi dan hubungan maya untuk memperdaya mangsa sebelum meminta pemindahan wang. Justeru, orang ramai diseru supaya sentiasa berwaspada, tidak mudah mempercayai individu yang dikenali secara dalam talian serta membuat semakan terlebih dahulu melalui portal rasmi Semak Mule PDRM.
π Semak sebelum anda terpedaya: https://semakmule.rmp.gov.my
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK)
