PDRM tumpas sindiket dadah antarabangsa, rampasan bernilai RM174 juta

13 Feb 2026

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi beberapa serbuan dalam Ops Coleoptera pada 20 dan 21 Jan melibatkan rampasan serta sitaan bernilai RM174 juta.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata tujuh serbuan di Penampang, Inanam, Kota Kinabalu, Pelabuhan Teluk Sepanggar dan Pelabuhan Klang di Selangor, menahan lapan suspek berusia antara 23 hingga 45 tahun termasuk dua wanita.

Beliau berkata polis merampas 3,043.5 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine, 102.5 kg ketamin, 90 kg pil ekstasi, empat kg cecair vape disyaki mengandungi kokain serta 2.6 kg pil Erimin 5.

Sumber : Berita BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *