PRN Sabah ke-17:Proses pengundian awaldi 58 pusat lancar

25 November 2025

Sabah :- Semua 58 pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dibuka serentak tepat pada 8 pagi ini membuka ruang kepada 24,426 pengundi awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11,697 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan manakala 12,729 lagi merupakan anggota polis serta pasangan.

Bagi pengundian awal yang melibatkan anggota tentera dan pasangan, pusat mengundi yang dibuka termasuk Kem Sri Kudat, Kem Paradise Kota Belud, Sekolah Kebangsaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Markas Rejimen 507 Askar Wataniah Kota Kinabalu, Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, Kem Cenderawasih Lahad Datu serta Kem Kubota di Sebatik.

Bagi anggota polis dan pasangan, pengundian diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, ibu pejabat polis daerah serta beberapa Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negeri.

Sementara itu,
peratusan keluar mengundi bagi Undi Awal sehingga jam 9:00 pagi :

PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17: 22.28 %

Sumber: SPR

(Petikan berita dan foto πŸ“ΈTeam BERNAMA )

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *