MAJLIS MENGADAP SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

22 November 2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima mengadap Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

Majlis Mengadap bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini (22 November).

Hadir sama, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor.

Turut hadir, Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.

Majlis bacaan doa dipimpin oleh Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *