Jangan terpedaya retorik politik konon mampu tunai itu ini – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 NOV. 2025

Jangan mudah terpedaya dengan retorik politik yang kononnya mampu menunaikan itu dan ini, tetapi akhirnya meninggalkan rakyat selepas mendapat kuasa, pesan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau tegaskan bahawa Kerajaan MADANI terus bekerja untuk rakyat, termasuk di Sabah, dalam menyelesaikan isu lama seperti bekalan air, elektrik dan capaian Internet yang tergendala atau tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum ini.

“Hak rakyat wajib ditunaikan, tanpa terpengaruh dengan drama atau permainan politik, justeru rakyat Sabah boleh menilai sendiri siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya tampil saat memerlukan sokongan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Sebelum itu beliau hadir ke Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin dan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, Sabah.

“Kita memahami bahawa HARAPAN urang Sabah inginkan kehidupan lebih baik, peluang ekonomi lebih luas, dan pembangunan yang seimbang hatta yang sedang dan akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI melalui peruntukan negeri, STR, SARA, serta pelbagai inisiatif di bawah Belanjawan 2026,” tambah Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *