Kerajaan teliti aspek keselamatan pengkomputeran awan – Fahmi

Wartawan JM
13 SEPT. 2025

Kerajaan sedang meneliti secara mendalam aspek keselamatan yang perlu diterapkan dalam penggunaan pengkomputeran awan (sovereign cloud) supaya kedaulatan data negara terjamin.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting memandangkan Amerika Syarikat telahpun melaksanakan Clarifying Lawful Overseas Use of Data Act (Cloud Act).

“Akta ini membolehkan pihak berkuasa negara itu mengakses data yang disimpan oleh syarikat teknologi Amerika, walaupun data itu berada di luar negara,” kata beliau pada sidang media.

Sebelum itu Fahmi menjadi panelis pada forum berkaitan keselamatan dalam talian dan kecerdasan buatan (Al) sempena pameran belia ‘Youth Empowerment Fair di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) hari ini.

MENIMBANG DASAR SERUPA

Fahmi berkata beberapa negara lain turut menimbang dasar serupa bagi melindungi kepentingan nasional mereka.

“Kita belum ambil apa-apa tindakan, masih dalam proses untuk meneliti,” katanya

Jelas beliau khususnya melibatkan aspek-aspek keselamatan yang perlu diterapkan dalam penggunaan pengkomputeran awan bagi memastikan data terutama yang sangat sensitif dan terperingkat, sentiasa selamat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *