

Oleh: Sholina Osman
9 SEPT. 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang melibatkan Ahli Parlimen Pagoh dengan isu pemberian subsidi RON95.
Kenyataan media Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan semakan awal terhadap kandungan yang tular di platform media sosial telah dilaksanakan, melibatkan kerjasama daripada penyedia platform berkenaan.
Bagaimanapun, MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan.
PENELITIAN SERTA ARAHAN
Sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian serta arahan selanjutnya.
MCMC akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan dengan penuh integriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada. – JM
