SPRM BERSAMA INSTITUT KOPERASI MALAYSIA MEMPERBUDAYAKAN INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH

28 Ogos 2025

PETALING JAYA:-

SPRM telah bekerjasama dengan Unit Integriti Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam pelaksanaan kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti, dan Antirasuah bagi kumpulan pelaksana siri 1/2025.

Program yang dihadiri seramai 30 peserta dari seluruh Malaysia menekankan isu-isu perolehan antaranya kebocoran maklumat, penerimaan hadiah dan keraian, penyalahgunaan kuasa dan tuntutan palsu, selain kesalahan-kesalahan lazim yang sering berlaku dalam kalangan penjawat awam. Dalam pada itu, elemen interaktif turut diterapkan melalui pendekatan gamifikasi antirasuah yang bertujuan menguji kefahaman dan membentuk kepekaan terhadap isu rasuah dalam situasi sebena

Penganjuran kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan yang komprehensif mengenai bahaya rasuah, malah menjadi platform penting dalam membentuk kepimpinan jabatan yang berpegang kepada prinsip integriti dan tanggungjawab. Ia juga mencerminkan kesungguhan bersama SPRM dan Institut Koperasi Malaysia dalam mendukung usaha negara ke arah pembentukan perkhidmatan awam yang telus, cekap dan berwibawa.

RancakkanMADANI

MADANIbekerja

SPRMPencegahan

SPRMMalaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *