
Oleh: Sholina Osman
24 OGOS 2024
Gempa bumi lemah telah berlaku di Johor, Malaysia pada jam 6:13 pagi, 24 Ogos 2025.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan dalam hantaran di FB ia berlaku pada Koordinat : 2.5° Utara dan 102.8° Timur; Magnitud : 4.1;
Jarak : 5 Kilometer Barat dari Segamat, Johor dan Kedalaman : 10 km
Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.
Jabatan ini meminta kerjasama sesiapa yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan ini
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. MET Malaysia. – JM
