ASEAN buktikan pertikaian boleh selesai melalui dialog, diplomasi berprinsip – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ASEAN telah berkali-kali membuktikan bahawa pertikaian boleh diselesaikan melalui dialog dan diplomasi yang berprinsip.

Beliau berkata pendekatan ASEAN terhadap keamanan sentiasa berpaksikan kekuatan yang tenang, konsensus, dan saling menghormati.

“Nilai-nilai ini harus terus membimbing kerjasama perundangan serantau kerana sejarah mengajar kita bahawa konfrontasi hanya membawa ketidaktentuan, manakala dialog membina kepercayaan dan kestabilan jangka panjang,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar merasmikan majlis penutup ASEAN Law Forum 2025 yang julung kali diadakan di Malaysia.

MELINDUNGI DAN MEMBERDAYA

Beliau berkata inklusiviti adalah asas keadilan, justeru undang-undang mesti dirasai dalam kehidupan rakyat dan perlu melindungi dan memberdaya, bukan menakut-nakutkan atau meminggirkan.

Tambah beliau kelestarian pula menuntut institusi perundangan yang berintegriti dan sistem tadbir urus yang adil hatta kekuatan sebenar kerajaan terletak pada kepercayaan rakyat terhadap institusinya.

“Moga semangat kebersamaan ASEAN terus mekar dalam memperkukuh sistem perundangan yang adil, inklusif dan berdaya tahan,” tambah Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *