Malaysia bertuah kaya dengan sumber, hubungan erat rakan ASEAN – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa Malaysia merupakan negara yang bertuah bukan sahaja kaya dengan sumber, tetapi turut menikmati hubungan erat dengan rakan-rakan serantau, khususnya ASEAN.

Sekaligus itu kata beliau ia membuka ruang kerjasama luas dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan tenusu, berasaskan keyakinan serta kepercayaan rakan industri serantau.

“Kejayaan sektor ini turut disokong oleh kesiapsiagaan sektor swasta, semangat kental usahawan tempatan, serta integrasi teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI),” kata beliau dalam hantaran di FB.

MEMACU REVOLUSI PERTANIAN

Terdahulu Perdana Menteri melakukan peluncuran Karnival Usahawan Tenusu MADANI “Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Takyat” di Farm Fresh Perak, Pondok Tanjung Perak pagi ini (16 Ogos).

Karnival Usahawan Tenusu MADANI, ini menghimpunkan pelbagai pihak dalam memacu industri tenusu negara.

Melalui Ekonomi MADANI kata beliau kerajaan bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan sektor swasta akan terus memperluas peluang ekonomi wilayah, mewujudkan lebih banyak pekerjaan, mengukuhkan kedudukan usahawan tempatan serta memastikan hasil pembangunan dinikmati oleh rakyat.

Sebagai komitmen segera, beliau turut umumkan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja infrastruktur mendesak di kawasan Daerah Larut, Matang dan Selama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *