Hapuskan sepenuhnya budaya buli di sekolah – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
15 OGOS 2025

Budaya buli di sekolah atau apa-apa peringkat sekalipun perlu dihapuskan sepenuhnya.

Gejala yang semakin membimbangkan ini harus dibendung melalui pendekatan berkesan dan langkah drastik agar tidak terus merebak sehingga menjadi β€˜barah’ dalam kalangan masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

SOKONGAN KEPADA KEMPEN

Seramai 103 orang pelajar terpilih dari seluruh negeri Perlis yang mengikuti Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri yang Cemerlang (Towards Excellence Self-Esteem Development) bagi Pelajar Terbaik Serta Pengawas Terpilih Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis 2025 menurunkan tandatangan masing-masing sebagai solongan kepada kempen ‘Say No To Bully!! Buli Bukan Budaya Kami’.

Tuanku Raja Muda bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan juga anakanda putera, Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail yang mengetuai program tersebut berkenan memulakan sesi tandatangan tersebut.

SANTAI SAMBIL BERIADAH

Sebagai sebahagian daripada pengisian bengkel, para peserta telah mengadakan lawatan ke Penang Hill Gallery @ Edgecliff, disusuli pembelajaran santai sambil beriadah di sekitar Bukit Bendera. Mereka juga menjalani sesi pembelajaran luar kelas bertajuk β€œImprove Your English” serta jamuan makan petang yang dihoskan oleh Datuk Seri Nazir Ariff, yang diadakan di Restoran David Brown, Bukit Bendera.

Pendekatan pembelajaran di luar bilik darjah ini menjadi elemen unik dalam memupuk minat belajar, membuktikan bahawa proses menimba ilmu tidak terbatas hanya di sekolah.

Sebagai rekod, bengkel selama tiga hari dua malam di Pulau Pinang ini dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Yayasan Bank Rakyat, serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang sentiasa komited dalam menyokong pembangunan pendidikan anak-anak negeri Perlis. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *