PMX kesal percubaan jahat, khianat terhadap anak Rafizi

Wartawan JM
Foto FB Anwar Ibrahim
14 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan.

Kata beliau mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan siasatan telus dan segera,” katanya dalam hantaran di FB.

Perdana Menteri mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat Rafizi serta keluarga. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *