







Wartawan JM
Foto Ihsan FB Fahmi Fadzil
8 OGOS 2025
Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil menziarahi mangsa kebakaran berhampiran Stesen KTM Pantai Dalam malam semalam.
Kebakaran itu telah memusnahkan 14 rumah setinggan dan empat premis, termasuk Mydin Mart dan Pasar Raya Karnival.
Fahmi menziarahi mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan mendengar sendiri luahan mereka.
Beliau berkata Pejabat Parlimen Lembah Pantai akan memastikan setiap keluarga menerima bantuan segera.
“Terima kasih kepada semua pasukan penyelamat dan agensi yang bertindak pantas,” kata Fahmi dalam hantaran di FB. – JM
