









KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara, hari ini (28 Julai).
Hadir sama, YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Datoβ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri; Datoβ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Pada istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Yang Arif (YA) Datoβ Wan Ahmad Farid Wan Salleh diikuti istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia.
Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan kepada YA Datoβ Abu Bakar Jais diikuti Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Datuk Azizah Nawawi.
Selain itu, turut dikurniakan Suratcara Pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan adalah YA Dr. Shahnaz Sulaiman, YA Datin Paduka Evrol Mariette Felix Michael Peters, YA Ong Chee Kwan, YA Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, YA Leonard David Shim, YA Nadzarin Wok Nordin, YA Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan YA Muniandy Kannyappan.
Turut dikurniakan Suratcara Pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi adalah YA Maslinda @ Linda Mohd Ainal, YA Datoβ Faridz Gohim Abdullah, YA Dr. Choong Yeow Choy, YA Saiful Azian Mokhtar, YA Evawani Farisyta Mohamad dan YA Indra Nehru Savandiah.
Selain itu, Suratcara Pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi turut dikurniakan kepada YA Sumathi Murugiah, YA Moses Susayan, YA Kan Weng Hin, YA Dr. Wendy Ooi Su Ghee, YA Mohd Rosli Yusoff, YA Dr. Hazlina Hussain, YA Roszianayati Ahmad dan YA Mohamad Haldar Abdul Aziz.
