




Kuala Lumpur, 28 Julai 2025 β Ketua Polis Negara (KPN), IG Datoβ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datoβ Aedy Fadly Ramli di Bilik KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Ia bertujuan memperkukuh sinergi strategik antara JPJ dan PDRM dalam usaha mempertingkatkan kecekapan operasi serta mengeratkan kerjasama antara kedua-dua agensi penguatkuasaan.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Datoβ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datoβ Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi
