Anwar adakan pertemuan dengan pimpinan KEADILAN tiga negeri utara

Oleh Wartawan JM

27 Julai 2025

Presiden KEADILAN Datok Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan penuh bermakna bersama pimpinan dan anggota KEADILAN dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Pertemuan tersebut sarat dengan perbincangan isu semasa termasuk sesi penerangan terkait pengumuman buat rakyat tempoh hari selain hala tuju perjuangan dan pengukuhan kekuatan parti.

Beliau menekankan bahawa setiap cabang mesti terus turun santuni rakyat, perkemas gerak kerja dan jangan sekali-kali rasa selesa.

Katanya, pimpinan pelbagai kaum juga mesti pastikan segala dasar, inisiatif dan bantuan yang diumumkan Kerajaan MADANI diterangkan dengan jelas kepada rakyat.

“Jangan biar mereka dikelirukan oleh naratif serong pembangkang.

KEADILAN ini sebuah keluarga besar. Maka, kita perlu sentiasa memperkukuh hubungan sesama kita, terus maju ke hadapan dan bawa perubahan demi rakyat dan masa depan negara, ” katanya melalui hantaran dalam laman media sosial (FB) beliau kemarin.

MalaysiaMADANI

RancakkanMADANI

MADANIbekerja

BersamaMalaysiaku

KitaKEADILAN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *