



Oleh: Sholina Osman
24 JULAI 2025
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (MPP UTeM) menolak sepenuhnya jemputan untuk menyertai Himpunan “Turun Anwar” dan tidak akan sesekali terlibat atau membenarkan mana-mana mahasiswa
UTeM membawa nama universiti ke himpunan yang bersifat provokatif ini.
Kenyataan media MPP UTeM memaklumkan mereka berdiri teguh di atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Namun, kami menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha yang berpotensi menggugat keamanan, mencetuskan ketegangan awam serta menjejaskan imej mahasiswa sebagai golongan intelektual dan beretika,” kata kenyataan itu lagi.
MPP UTeM berpendapat bahawa segala bentuk ketidakpuasan terhadap kepimpinan negara seharusnya disalurkan melalui medium yang sah, profesional dan berhemah.
TIDAK AKAN BERKROMPOMI
Justeru, MPP UTeM tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan nama baik universiti, mahasiswa UTeM mahupun keharmonian negara.
MPP UTeM menggesa seluruh mahasiswa UTeM untuk menolak politik berbentuk kebencian dan provokasi, serta kekal fokus mengangkat suara mahasiswa melalui dialog, perundingan dan pentas akademik yang lebih konstruktif.
MPP UTeM berdiri teguh bersama mahasiswa, namun menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha menjadikan mahasiswa sebagai medium untuk agenda tertentu yang boleh mengganggu keharmonian dan menggugat kestabilan
negara. – JM
