1,482 Pengamal Bertauliah Rancakkan Industri Penjagaan Pasca Bersalin

24 Julai 2025

Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MamaCare bukan sahaja mengangkat amalan tradisional penjagaan ibu selepas bersalin secara profesional, malah memberikan pulangan ekonomi kepada pengamal serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan ini.

Seramai 1,482 wanita berumur antara 20 hingga 73 tahun telah berjaya ditauliahkan dengan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (DKM4) melalui program MamaCare anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang juga merupakan antara inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Majlis Konvokesyen MamaCare Kali Ke-4 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Sejak diperkenalkan, program MamaCare telah melatih seramai 2,661 wanita mahir dan hampir 60,000 wanita di seluruh negara menerima manfaat perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin daripada pengamal terlatih MamaCare.

Program MamaCare yang diiktiraf di bawah National Occupational Skills Standard (NOSS), dibangunkan dengan kerjasama Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) serta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mendepani kekurangan tenaga kerja mahir dan menyokong aspirasi Malaysia MADANI.

Setakat ini, LPPKN telah mewujudkan lima Pusat Penilaian Amali di seluruh negara, iaitu di:

▢️ Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang
▢️ Klinik Nur Sejahtera Dungun
▢️ Pusat Keluarga LPPKN Seremban
▢️ Klinik Nur Sejahtera Kempas
▢️ Ibu Pejabat LPPKN, Kuala Lumpur

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Ariff, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KPWKM, YBhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN, YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN serta pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi KPWKM.

Hajah Nancy Haji Shukri
Dato’ Dr. Noraini Ahmad
Maziah Che Yusoff
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

KASIHKPWKM

KitaKanKeluarga

MalaysiaMADANI

MADANIBEKERJA

RancakkanMADANI

taatsetia

RealisasiReformasi

Rutin2Reformasi

Foto: UKK, KPWKM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *