PMX mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara dan meneliti pelbagai cadangan pembangunan merangkumi aspek perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri, seperti termaktub di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

“Susulan pencapaian Malaysia yang melonjak 11 anak tangga dalam IMD World Competitiveness Ranking 2025, daripada kedudukan ke-34 ke tangga ke-23 yakni kedudukan terbaik dalam tempoh lima tahun, saya menyeru pihak terbabit terus memperkukuh tekad dan usaha memperbaiki β€˜ease of doing business’ di negara ini,” jelas beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, antara langkah yang mendesak adalah pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap tatakelola dan sistem penyampaian perkhidmatan awam, agar lebih cekap, telus dan berintegriti.

Langkah ini penting bagi menjamin kemakmuran negara, meningkatkan keyakinan pelabur, dan yang paling utama, memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi teras utama pembangunan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *