


Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa sempena Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 di Rio de Janeiro, Brazil.
Beliau berkata pertemuan ini membolehkan kedua pihak
menilai semula pelbagai bentuk kerjasama meliputi pelbagai bidang selain merangka langkah memperluas pelaburan strategik dalam sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal.
PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN
“Saya zahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin, termasuk usaha gigih mereka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ),” kata beliau dalam hantaran di FB.
Jelas Perdana Menteri, Malaysia komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika, selari dengan semangat solidariti Selatan-Selatan dan kerjasama MADANI merentas benua.
“Saya turut mengundang Presiden Ramaphosa untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini selain mengucapkan terima kasih atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan pada November,” tambah beliau. – JM
