
Oleh: Sholina Osman
21 MAC 2025
Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2025 sebanyak RM500 yang dibayar kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak (contract of service, contract for service, pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP.
Kenyataan media Kementerian Kewangan memaklumkan Bantuan Khas sebanyak RM250 turut dibayar kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).
“Bantuan Khas kepada penjawat awam dan pesara ini melibatkan implikasi kewangan mencecah RM900 juta,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana yang juga Menteri Kewangan di mana Kerajaan MADANI telah meluluskan beberapa Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025. – JM