Fahmi berbuka puasa dengan lebih 300 “riders gig” Lembah Pantai

19 MAC 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berbuka puasa bersama lebih 300 orang “riders gig” Lembah Pantai dalam program ‘Raikan Ramadan’ di IWK Eco Park.

Beliau juga sempat bertukar pendapat dan beramah mesra selepas menghayati tazkirah yang disampaikan oleh Da’i Hadhari.

“Sebelum berbuka puasa tadi, saya dan abang-abang ‘riders’ juga meluangkan masa mengagihkan bubur lambuk yang dimasak bersama di Surau Nurul Iman, PPR Seri Cempaka,” katanya dalam catatan di FB.

Fahmi menzahirkan terima kasih kepada semua yang terlibat – semoga di bulan penuh berkah ini, segala amal ibadah diterima oleh Allah SWT. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *